20-22 MEI 2005
Sek Agama Men Seri Desa, Tg Karang, S'gor
20-MEI 2005 - 10.30 pm
Perjalanan dari Gombak bersama Papa kami (Abg Ed..hehe) Ezrin dan Ayu beserta Kak Una memang riuh dan seronok. Berhenti di Sg Buloh untuk membasah tekak (ABC dan mee sup yg hangat) Hehe..tu bukan basah tekak, basah perut kut. Sambung perjalanan dan suasana dalam keta tak sunyi dari suara kami semua. Tak penat bercerita, mengusik dan aku takkan boleh lupa gambar aku yg telah dimanipulasi oleh penyalah guna henpon. Keja Ezrin dan Abg Ed...
Sampai malam, sempat membeli ayam buat Red, katanya hanya ada ikan masa dinner. Isk..Red ni demand ar. Ikan tak makan..pilih ayam je..isk isk. Susah betul nak bawak gi program. Red..Red..hehe.
Rasa cam org besar plak bila masuk ke dalam dewan..hehe. Ramai gak peserta dari tingkatan 3 ni. Yg cantiknya, jumlah pelajarnya balance lelaki dan pompuan. Terus kenalkan diri pada peserta dan nyata ada yang masih kena pada aku sbb depa pernah datang Program PRS dan Kaunseling kat Morib tahun lepas.
Majlis perasmian selesai. Aku masuk ke dalam kumpulan. Yeah..ini cabaranku. Terfikir metod untuk bersama serasi dalam kumpulan. Ta'aruf bermula. Husnu Dzon..mereka pasti akan menjadi adik-adikku yang terbaik. Dari persepsi pertama, tak sukar nak handle mereka. InsyaAllah.
Agak ramai dalam satu kumpulan. Aku dapat 16 orang. Siapa mereka?? Aku ada AMMAR, NAS, MIZAN, TALIB, NAZRUL, LAN, ZURR, BAZ, AIN, DALILAH, MAI, FATIN, IZZATI, NASUHA, SYIDAH, dan ZIQAH. Kumpulan aku pilih GREENLIGHT sbg interpretasi kepada maju ke depan dan optimis. Bagus! dan aku akan bersama mereka untuk 2 hari lagi. WE DO IT! WE MUST GET IT! yES..yES..yES..
Segalanya abis jam 2 lebih. Mata masih kuat dan aku duduk bersama teman fasi dan abg trainer untuk post mortem. Bincang hal yg dah terjadi dan tindakan yg perlu diambil. Last, penyerahan baju akademi utk teman Akademi Fasilitator 2, welcome to our family!!
Adik-adik AF2 tampak cool, respek betul. Memang ni program pertama buat kebanyakan mereka tapi..yelah, kalo tak blaja mmg takkan tahu apa itu program dan fasilitator. InsyaAllah kita kongsi bersama. Sederap langkah kembara (Syukor, Dzul, Mat, Mira, Ana, Aida dan Manja)
21 mei 2005
Hari kedua bermula dengan senaman. Heh..bila Abg Iman yg lead, aku tak lupa tang senaman jawa dia. Tapi, malangnye radio takde. Ape pon, senam tetap best.
LDK pertama ttg kenal diri dan potensi yg ada pd setiap org. Alhamdulillah, segalanya lancar. Harapkan yg adik-adik aku benar-benar tahu apa objektifnya untuk mengenal diri sendiri. Respon baik dari mereka. Ayuh...kembara lagi.
Petang bersambung LDK utk Jatidiri. Kini, bercakap ttg prinsip dan jati diri sbg seorang pelajar. Apa tapaknya dan bagaimana nak mempunyai jatidiri yg kukuh. Cerita pokok jati..
Bercerita ttg konsep khalifah, hubungan dgn Allah, manusia dan ukhwah..segalanya tak mudah. Metod analogi dan cerita aku harap dapat difahami oleh adik-adik. Yea, aku cuba buatkan mereka yakin yang mereka sebenarnya juara. Semua orang hebat dan mereka punya keupayaan diri maksima utk mencapai cemerlang. Mereka dari golongan insan fikir yang pasti hebat..dan itu yang aku cuba yakinkan, tetap ke akhir program.
Petangnya ke padang utntuk permainan motivasi aka permainan keji. Tahu kenapa? kami akan buat provokasi semasa bermain. Arghh! Tak henti ketawa bila pengadil berbaju kuning meniup wisel dengan kejam..haha. Ezrin..ezrin..
Membasuh adik-adik bukan kerja yang aku suka. Sungguh, sebab aku sayangi mereka dan oleh sebab aku sayang aku kena juga membawa mereka melihat situasi dunia luar. Yea, situasi sebenar dunia luar sana. Bantu mereka buka mata, bukan hanya menceceh di belakang kelambu.
Ingatkan bahawa..jatidiri itu penting, kita bukan hidup untuk dipeleceh...kita perlu nyatakan kebenaran dan memelihara diri dgn sebaiknya. Takut jika berlaku kejutan budaya . Hm..aku tak suka marah sesuka hati tapi permainan ini pasti akan buat aku sendiri buka mata, betapa manusia lebih suka menerima dari mencari. Manusia yang terlalu betah hidup dlm dunia selesa. Manusia yg sebenarnya ditindas..Manusia!!Malam kami bermula. Habis pembentangan kumpulan, kami main lagi. MSMYAB...satu modul yg memang hebat. Ouh..baru nampak bagaimana kehidupan ini kurang punyai manusia yang jujur tapi ditambah dengan khianat. Yea, walau sekadar permainan..nyata peserta mmg menunjukkan sifat-sifat yang dipunya oleh manusia, sebab..mereka pun manusia.
Seusai segala, kami duduk sama muhasabah diri. Mengenang perkara yg banyak kami lupa. Ya..tentang ayah dan ibu dan pengorbanan mereka.
Dan, berpesanlah kamu pada perkara kebaikan dengan kesabaran..
22 MEI 2005
Sakit kepala. Tapi aku tak mahu kelewatan. Bersama adik-adik untuk senaman pagi. Kepala berdenyut serasa dihentak kuat. Aku diam cuma di belakang. Namun, Abg Iman takkan mudah nak buat aku menjadi patung cuma. Kah kah kah..senam huru-hara buat hati aku berbuai..hehe
LDK terus. Bercerita ttg hala tuju seorang pelajar. Aku bawa modul kapal terbang. Bagaimana mencari matlamat dan paksinya yg kukuh...itu kami bincangkan. Alhamdulillah, segalanya lancar. Aku suka nak adik-adik aku nampak yg mereka semua hebat, InsyaAllah adik-adik ini bisa saja mencapai apa yang di hajat diri pada masa akan datang.
Majlis penutup. Sajak aku persembahkan , menyatakan harapan dan kasih yang aku sisipkan buat adik-adik di hadapan aku. Adik-adik yang banyak potensi utk lebih berjaya. Dan, keharuan meneman tiap kali aku melangkah di dewan besar itu..
Hidup ini, aku dah berlari ke depan..dan mereka adik-adikku masih bertatih di belakang. Tak rugi rasanya jika aku patah semula ke belakang dan mengingatkan mereka bahawa terlalu banyak rintangan yang perlu mereka lalui nanti. Aku tunggu adik-adikku dengan sabar.SAMSED adalah juara, aku tahu. Saling berdakapan, aku bisikkan pesanan pada kali perpisahan ini. Bergambar kenangan..pesan buat GREENLIGHT yg akan tetap aku ingati.
Ahh! lega rasanya bila tugas sudah selesai. Kami berkemas pulang pada petangnya dan sempat bersiar di pasar malam kendian makan besar di SATAY HUT. Cam biasa, segalanya indah buat dikenang. Pergh!! Syukur Alhamdulillah, kenyang tahap maksima..mekasih pada Ayahanda kami, Abg Zaki sbb tolong penuhkan tembolok aku dan kawan-kawan.
Selamat tinggal SAMSED. Jam 9 kami dihantar pulang semula tapi masih ada lagi agenda menarik. Yea..yea..tengok kelip-kelip di Kg Kuantan. Subhanallah, cantik sungguh permandangan malam. Ada bulan terang, ada bintang dan kelip-kelip yg menghiasi pohon hijau Tuhan. Hahah..kesian Papa Ed, asik kena usik. Patutnya kena senyap masa kemudi sungai bersampan tapi kami sempat lagi menceceh dan bergurau. Hampeh!! Nasib baik kelip-kelip tu sporting..hehe. Dapat aku pegang dalam sebentar, tangan bercahaya..kelip-kelip bintang kecil di sungai indah..
InsyaAllah, kami kan ke situ semula. Perjalanan pulang kami..RED!! tak henti dengan jenaka. Aku mmg layan. Ketawa, gelak..YaAllah..tak ingat dunia. Aku sayang kalian semua. Kita akan kongsikan ilmu dan pengalaman ini bersama, InsyaAllah.
Mukhayyam Jatidiri-Kenangan mencari diri aku yg sebenar, siapa dan apa aku di bumi Tuhan. Ini jalan yang aku pilih, fasilitator-hamba Tuhan di muka bumi. Selamat tinggal, akan ku simpan memori ini sebaiknya. InsyaAllah..kita berjumpa lagi jika ada kesempatan. Bye.
No comments:
Post a Comment